KOLEKSI MY MANJA:

pic nameboys wear
boys wear

08 November 2011

Tutorial 3 : Jahit Kerang / Karipap


Salam semua. Sebelum ini saya telah kongsikan cara-cara jahitan Tulang Belut, jadi kali ni saya nak kongsikan pula cara-cara jahitan Kerang atau jahitan Karipap.

Jahitan ini biasanya dijadikan jahitan kemasan untuk bahagian leher baju kurung.

Berikut adalah contoh jahitan kerang atau jahit karipap.

21 October 2011

Tutorial 2 : Jahit Tulang Belut

Salam semua....

Akhirnya siap gak tutorial pertama untuk jahitan tangan yang pertama dari saya. Kali ni saya tunjukkan cara2 jahitan tulang belut.

Jahitan tulang belut biasanya dijahit sebagai kemasan pada leher baju kurung. Untuk contoh ini, saya terpaksa menggunakan contoh baju kurung yang saya yg dijahit kemasan mesin sahaja....Maaf la ni aja yg sempat saya jumpa. Malas nak mengeledah baju2 yg saya da mula simpan. Almaklum da pakai uniform ibu2 mengandung ni sekarang. Tapi yg penting saya dapat tunjukkan cara jahitannya. Free jek.

Peringatan, cara jahitan ini sepertimana yang diajar oleh mak saya. Saya takde background secara formal dari mana2 kelas jahitan atau ada apa2 sijil jahitan. So kalau ada saper2 yg rasa2 ada teknik jahitan yg lebih sistematik, saya harap dapat bg komen dan pendapat untuk sama2 kita kongsikan ilmu itu ye.....


18 October 2011

Jahitan tangan.

Salam semua.. Lama btul rasanya Manja tak update blog ni. Plan nak wat macam2 tapi belum ada kesempatan lagi. So just nak war2 kan dulu la..Manja dalam proses nak hasilkan tutorial jahitan kemasan tangan. Semua ilmu dari bonda tercinta. So rasa nak share ngan kawan2 semua..free je.. Rasanya ilmu yang kita tahu patut dimanfaatkan sebaiknya. Walaupun Manja tak la ada pe2 sijil jahitan secara formal...semuanya korek ilmu dari bonda je..dan praktikkan pada baju2 untuk ahli keluarga..

So hopefully everything akan successss....

23 August 2011

Rezeki di Bulan Ramadhan

Salam kawan2...slamat berpuasa dan slamat hari raya aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Ramadhan pun da sampai ke fasa 10 yang akhir. Perbanyakkanlah amalan2 sunat dalam memperolehi malam Lailatulqadar. Hanya hamba2 Allah yang terpilih sahaja diizinkan Allah untuk menjumpai malam Lailatulqadar ini. Moga2 kita antara yang diizinkkan Allah untuk menemui malam Lailatulqadar.

Bagi kami di Mymanja, Alhamdulillah..awal Ramadhan yang lalu dapat rezeki yang tak disangka2..saya pregnant anak ke-3. Dulu nak dapat anak ke-2 punya lah lama menanti...jauh gap nya dengan anak sulung kami...hampir lapan tahun. So tak sangka lak anak ke-2 baru umur setahun, dapat rezeki pregnant lagi.

Jadi, bagi kami bulan Ramadhan kali ni betul2 membawa sejuta makna kepada kami sekeluarga. Bila awal2 pregnant ni mula la tekak kembang semacam je...nak muntah je. Nak buat keja kt opis pun tak larat je...tapi gagahkan juga la.

Kerja2 jahitan baju pun terpaksa di k.i.v kan dulu. Almaklum la...asal nak ngadap mesin jahit je rasa pening kepala la..nak muntah la...sempat jahit baju kurung kedah untuk mak dan baju kurung untuk anak sulung. Itu pun banyak kali berhenti sbb menahan rasa loya.

Apa2 pun selamat hari raya pada semua...salam kemaafan dari kami...

25 July 2011

Doa supaya anak mendengar kata

Bacalah ayat
Ayat 30&31, Surah An-Naml. Baca sebanyak 3 kali di telinga anak sambil diusap-usap belakangnya. Saya dpt info ni dr mana2 web / blog yang bg amalan2 / petua2 yg boleh sama2 kita kongsikan bersama dalam usaha membentuk anak2 kita agar menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Amin.

19 July 2011

Fadhilat membaca surah Al-Mulk

Assalamualaikum semua.... My Manja nak kongsi pada semua

Fadhilat membaca surah Al-Mulk
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

27 June 2011

Solat...

Rasullullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu." Riwayat At-Tabrani.


Go to fullsize image

06 June 2011

Kerja..kerja...kerja...

Salam semua... Arini Manja memulakan semula semuanya seperti dulu2... G kerja...balik kerja... Kerja..kerja...kerja... Lama dah dok jd bos diumah...bila nk mulakan smula cam dulu2...mmmm...dah kekok la... kena pegang keyboard smula...attend meeting...dn mcm2 lg... think positive!!!...mesti kali ni lebih baik dr dulu...

Impian nk pegang mesin jahit lama skit nampaknya masih belum boleh tecapai...atas alasan2 yg amat peribadi... Tapi apa2 pun, Manja berazam utk jdkn MMC ni still ada something utk update...dan mesin jahit kt umah tu still ada benda nk dijahit...almaklum la masa dah terhad..tapi minat Manja tetap pd bab2 jahit-menjahit ni...terutamanya baju2 anak2 pompuan...

Apa bleh buat...perjuangan utk kerja terpaksa diteruskan...mungkin ini yg terbaik utk Manja dn family...Harap2 Manja akan terus bersemangat utk meneruskannya....

02 June 2011

Cuti2 Di Kedah

Hai semua...jumpa lg dlm musim cuti2 sekolah ni..dah tentu ada aktiviti utk family kan...balik kg ke...jalan2 ke... Manja and family g cuti2 di Kedah baru2 ni..saja g cuti dlm 1st week cuti sekolah ni sbb ada program lain utk 2nd week nanti.. Memang seronok g sana sbb Manja pun dah hampir 14 tahun tak g jln2 kt area negeri2 sbelah utara Semenanjung. Seingat2nya last g area utara ni tahun 1997 masa abis study kat ITM Manjung, sbelum pindah ke Uitm Shah Alam.


Manja nk ucapkan b'byk2 trima kasehhh pd sedara-mara kt Kulim yg sudi bg tmpt kami tidoq dn makan2...juga pd kawan mak masa g umrah last year,..Tn. Hj. Zakaria dan isteri, Pn. Hjh. Marshitah, di Pendang sbb layan kami...g jln2 cr mkn kt Alor Star..bw kami g jln2 di Muzium Padi...dn mcm2 la..Umah Hj. dan Hjh memang best la..kt tgh2 bendang,..tp rasa mcm dok tidoq kt hotel sbb design interior umah yg ala2 hotel...sampaikn anak2 sedara Manja yg ikut pun tak mau balik..

Hj. Zakaria (kiri) dn Hjh. Marshitah (kanan) possing kt Muzium Padi.
Gi Kuala Kedah beli ikan segar utk wat BBQ kt umah Hj.Zakaria dn Hjh.Marshitah
Possing kt depan umah kawan wan..
Bestnyer lepak sambil tgk view bendang kt luar umah tu..

Cantik lukisan dinding ni..nampak real jek..kagum..kagum..
Lukisan ni pun cantik

Lukisan ni pun jugakk..

Nampak mcm tgh tgk gunung dr balcaony umah jek..

26 May 2011

Projek Dress Utk Puteri2


Hai...Kali ni Manja nk cerita kisah wat dress utk kawan2 rapat punyer baby...Mulanya da plan nk wat set dress ni siap dgn tutorial nya skali..tapi  disbbkn masalah teknikal...gambar2 byk yg tak cukup so..next time la yek kita tgk tutorial nya bila Manja wat dress lg..(hahha..tgh bersemangat menjahit ni)...

Mulanya nak bg sbg hadiah ler time dia bersalin...tapi tunda punyer tunda (sbb ada hal lain) da masuk 3 bln kot umur si baby.. So ini la set dress yg Manja buat sbg hadiah pd si baby comel tu....lengkap dgn headband nyerr, seluar nyerr dan semestinyer dress nyerr la...

Dah selamat sampai kt tgn si mama baby tu...harap2 suker la yek... Ermm...suka dn lega dpt siapkan semuanyer tu...Sambil2 cerita ni kepala tgh pikir lg apa projek lepas ni...plan nak wat projek baju2 raya utk si kakak dan si adik...dan si ayah pula mintk Manja jahitkn baju melayu raya dia...ermm kena mula nk cr kain ni...nk cr kain...nk cr kain...ngantuk pulak...cr idea dlm mimpi la nk wat fesyen apa utk budak2 tu....zzzzzzzzz.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...