Salam kawan2...slamat berpuasa dan slamat hari raya aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Ramadhan pun da sampai ke fasa 10 yang akhir. Perbanyakkanlah amalan2 sunat dalam memperolehi malam Lailatulqadar. Hanya hamba2 Allah yang terpilih sahaja diizinkan Allah untuk menjumpai malam Lailatulqadar ini. Moga2 kita antara yang diizinkkan Allah untuk menemui malam Lailatulqadar.
Bagi kami di Mymanja, Alhamdulillah..awal Ramadhan yang lalu dapat rezeki yang tak disangka2..saya pregnant anak ke-3. Dulu nak dapat anak ke-2 punya lah lama menanti...jauh gap nya dengan anak sulung kami...hampir lapan tahun. So tak sangka lak anak ke-2 baru umur setahun, dapat rezeki pregnant lagi.
Jadi, bagi kami bulan Ramadhan kali ni betul2 membawa sejuta makna kepada kami sekeluarga. Bila awal2 pregnant ni mula la tekak kembang semacam je...nak muntah je. Nak buat keja kt opis pun tak larat je...tapi gagahkan juga la.
Kerja2 jahitan baju pun terpaksa di k.i.v kan dulu. Almaklum la...asal nak ngadap mesin jahit je rasa pening kepala la..nak muntah la...sempat jahit baju kurung kedah untuk mak dan baju kurung untuk anak sulung. Itu pun banyak kali berhenti sbb menahan rasa loya.
Apa2 pun selamat hari raya pada semua...salam kemaafan dari kami...
No comments:
Post a Comment