Salam.. lama sgt dah tak update blog ni. Ni pun nak cerita skit jer la. Kali ni nak share kisah kehidupan sepasang suami isteri yang memang patut kita jadikan pedoman, panduan, memberi keinsafan dan sememangnya blog ni sgt sgt sgt menyentuh hati saya.
Mungkin ada kwn2 kt luar tu yg dah tau psl kisah ni. Ye la kisah diorang ni da makin mendapat liputan media kita...samada dlm n.paper atau kt tv. First time saya baca kisah diorang ari Isnin, 10hb. September 2012, da lupa lak n.paper apa...sinar ke...mmmm...ok memang tak ingat tp apa2 pun sejujurnya saya menangis membacanya...tapi cover skit la takut terkezuut lak kengkawan opis apsal tetiba nangis lak kan...hehehe..
Lepas baca tu...saya termenung dan muhasabah diri...betapa besarnya nikmat yg Allah kurniakan kpd diri kita, walau nampak mcm remeh tp terlalu besar nikmat kurniaan Ilahi... Dan juga betapa kerdilnya kita kerana segala-gala yg kita miliki, baik pada diri sendiri mahupun apa juga di sekeliling kita ni dibawah pentadbiran kekuasaan Mu Ya Allah... Subhanallah...
Ok la tak terkata apa lagi..rasanya baik kwn2 follow blog ni utk tau sendiri.. http://abil4fauziah.blogspot.com/. Apa2 pun saya memang amat kagum dengan ketabahan En.Abil dalam menempuhi dugaan ini. Sejujurnya saya akui seandainya saya berada ditempat En.Abil tu memang saya tidak sekuat dan setabah beliau. Doa dari saya dan keluarga mudah2an ada jalan dan penyelesaian kepada masalah beliau. Sememangnya kita mudah untuk menasihati supaya beliau bersabar dan segalanya ada hikmah tersirat disebaliknya...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Semoga yang terbaik sentiasa untuk En.Abil dan Pn.Fauziah. Aminnnn...