25 December 2010
JUALAN AKHIR TAHUN........DISKAUN 15%!!!
PERHATIAN!!!...Bermula 25hb.Disember 2010
MyManja akan memberi DISKAUN 15%
untuk semua item jualan kami...
So DAPATKAN IANYA SEMENTARA STOK
MASIH ADA!!...
16 December 2010
HARI ASYURA
HARI ASYURA - PERISTIWA DAN AMALAN YANG DITUNTUT
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
- Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
- Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
- Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
- Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
- Allah menjadikan Siti Hawa.
- Allah menjadikan Syurga.
- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
- Taubat Nabi Adam diterima Allah.
- Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
- Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
- Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
- Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
- Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
- Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
- Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
- Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
- Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
- Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
- Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
- Sunat bercelak mata - Insya Allah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
- Sunat menginai dan mengerat kuku.
- Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
- Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
- Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
- Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir)
06 December 2010
SALAM MAAL HIJRAH
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
KE-1432H/2010M
Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan rezeki yg lebih murah dan diberkati. Kami di MyManja nak kongsi doa2 dan amalan2 ni utk semua. Terima kasih diatas sokongan semua...
Doa akhir tahun : (dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.)
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Doa awal tahun :
(dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.)
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
02 December 2010
30 November 2010
24 November 2010
Pelik Tetapi Memang Benar
Buah Betik Beranak ?
My Manja nak kongsi satu peristiwa aneh yang berlaku sebelum raye haji tempoh hari. Disebabkan teringin nak makan buah betik, pergila beli kat kedai. Nak dijadikan cerita, bila dah sampai rumah pakat-pakat belah. Kuasa ALLAH, dalam buah betik ada buah betik lagi. Tokojut den (terkejut besar). Riuh sekejap satu rumah melihat kekuasaan ALLAH.
Satu renungan.....setiap yang berlaku tu adalah satu iktibar yang perlu kita ambil. Dia yang Maha Pengasih dan Dialah yang Maha Penyayang. Wassalam...Love U All
23 November 2010
Kepada Yang Minat Membaca
Hari ni My Manja nak kongsi satu ebook yang menarik mengenai sahabat Rasul S.A.W. "Abu Bakar As- Siddiq". Saja boring-boring ada jugak kawan yang nak share buku ni untuk tatapan kita semua. Kisah yang menyentuh hati mengenai perjuangan beliau dalam menegakkan agama islam. "Selamat Membaca"
29 October 2010
Selamat Datang ke My Manja Collections
*** UNDER CONSTRUCTIONS***
insyaALLAH kami beroperasi bulan DISEMBER 2010
Selamat Datang ke My Manja Collections
Kami merupakan sebuah gedung maya yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai barangan kanak-kanak. Dengan adanya My Manja Collections, anda boleh membeli belah barangan secara online. Keputusan hanya di hujung jari anda."Anda klik anda Dapat"
Selamat membeli belah!
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)